“Berkali-Kali Ucap Syahadah, Menjerit, Terlambung…” – Sissy Iman

Penyanyi dan pengacara, Sissy Iman mengalami kece.deraan selepas terjatuh dari kuda yang ditunggangnya ketika menjalani penggambaran untuk sebuah program televisyen.

Sissy memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya semalam.

Menurut Sissy, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang keced3raan serius dan hanya l.ebam-l.ebam serta l.uka di bahagian tubuhnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)


“Pada mulanya saya tidak mahu, tetapi apabila kuda itu mula nampak mesra saya bersetuju untuk teruskan.

“Tapi Allah nak hap.uskan d.osa rasanya hari ini, masa menunggang naik bukit, kuda itu berpatah balik sebelum berlari menuruni bukit dengan laju.

“Dalam hati memang berkali-kali ucap shahadah dan saya menj.erit kerana kuda tu turun bukit laju. Akhirnya, Sissy pun terlambung jatuh ke sebelah kanan kuda bila dah sampai ke bawah.

“Nasib tak dip.ijak kuda, cuma rasa la kaki kuda tu atas badan kita. Dah pergi klinik x-ray so buat masa ini doktor kata tak ada patah atau tulang r.etak r.etak.

“Alhamdulillah cuma l.ebam dan l.uka calar- calar sebab terhentak jatuh tetapi saya bersump4h ia memang sangat meny.akitkan,” kongsinya.

Bagaimanapun kata Sissy, kejadian itu membuatkan dirinya tr.auma dan kerana masih terbayangkan situasi yang berlaku.

“Sekarang saya berehat di rumah. Pengamalan itu membuatkan saya cukup t.rauma, sekarang setiap kali saya pejam mata, saya akan terbayangkan situasi itu.

“Sissy dengan rendah hati nak pohon doa semua oang supaya dikurniakan kesembuhan secepat mungkin.

“Terima kasih Allah untuk peringatan ni. Macam mana kita yakin semuanya akan selamat, dengan kuasa Allah, ‘Kun Fayakun’, Be and it is,” coretnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)

Sumber: Gempak