Baju Putih Menggantikan Bendera Putih Demi Bantuan Untuk 11 Orang Anak

SEBUAH keluarga terp4ksa mengenepikan perasaan maIu dengan menggantung baju putih di depan rumahnya bagi menggantikan bendera, selepas bekalan makanan di rumah mereka hampir terputus.

Norasmalina Nazir, 45, dan suaminya, Suhaimi Idris, 51, terpaksa berbuat demikian demi memastikan 11 anak mereka berusia setahun hingga 21 tahun termasuk tiga anak saudara yang juga yatim piatu t1dak terputus bekalan makanan.

Keputusan menggantung baju putih di tangga rumah mereka dibuat jam 3 petang semalam sebelum badan bukan kerajaan (NGO) hadir dua jam kemudian untuk menyerahkan sumbangan kepada keluarga berkenaan.

Noramaslina berkata, jika sebelum ini mereka sekeluarga masih boleh menjalani kehidupan biasa memandangkan suami bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan hampir RM1,000 sebulan.

Namun katanya, sejak lebih dua bulan lalu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, suami hilang pekerjaan menyebabkan kehidupan mereka terhimpit.

“Selepas disar4nkan oleh rakan supaya menggantung bendera putih, saya dan suami sepakat menggantung baju putih di depan rumah memandangkan bekalan makanan hanya mampu bertahan untuk beberapa hari saja lagi.

“Malah, wang simpanan selama ini juga sudah habis memandangkan suami sudah lama t1dak bekerja. Saya juga t1dak meny4ngka kaedah menggantvng baju putih itu menarik perhatian orang ramai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pasir Tumbuh, di sini, hari ini.

Dia berkata, setiap hari dia hanya mampu menyediakan telur kicap sebagai hidangan harian memandangkan dia mempunyai ramai anak.

“Bukan kerana anak tidak suka ayam atau ikan, namun makanan itu agak mahal dan telur lebih jimat untuk saya yang mempunyai anak ramai.

“Alhamdulillah semalam ada beberapa NGO hadir memberikan keperluan asas termasuk wang tunai selepas inis1atif yang saya lakukan. Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang hadir menyampaikan sumbangan,” katanya yang memaklumkan sebelum ini penghulu sering memberi bekalan makanan.

sumber : HarianMetro