TETAPI lain pula jadinya apabila ada netizen seolah-olah mempersoalkan tentang usia kandungan Ayda Jebat.
Netizen Persoal Usia Kandungan Ayda Jebat
Baru-baru ini kecoh di Twitter mengenai satu tweet yang ditulis oleh seorang individu yang seakan mempersoalkan usia kehamilan Ayda Jebat dengan mend4kwa penyanyi ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada bulan Januari lalu. Perkongsian itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen sehingga tuan badan sendiri iaitu Ayda Jebat tampil memberi respon.
Aku rasa mcm ayda jebat baru je kahwin tapi ttbe ngandung dah ke senanya dia dah lama kahwin aku je tak perasan?
Meskipun begitu, penyanyi lagu Pencvri Hati ini dilihat langsung tidak melatah dan hanya memberikan respon ringkas sahaja dengan meminta individu terbabit membuat kiraan sendiri tentang tarikh perkahwinan dengan usia kandungannya kini. Menurut Ayda, dia dan suami telah bernikah pada 1 Januari 2021 yang lalu dan hari ini (12 Jun 2021) usia kandungannya sudah mencecah 5 bulan 2 minggu.
‘Cermin dan lalui kehidupan sendiri’
Tidak terhenti di situ, Ayda sempat memuat naik satu lagi perkongsian dengan memberi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa bersyukur, cermin diri sendiri selain perlu menjalani kehidupan masing-masing.
‘Saya Dan Isteri Dah Maafkan Tapi Jangan Tulis…’ – Nabil Mahir Dedah Ayda Jebat Hampir Gugvr
Terdahulu Di Instagram, suami kepada pelakon Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir meluahkan rasa kurang senang dengan layanan dari laporan sebuah portal hiburan yang didakwa mengeluarkan berita kehamilan isterinya tanpa pengetahuan mereka. Nabil turut memaklumkan Ayda mengalami pendar4han dan hampir keguguran dipercayai akibat terkejut dengan penyebaran berita itu, selain sibuk dengan jadual kerjanya.
Difahamkan, Nabil bagaimanapun kecewa dengan layanan diterimanya dari pihak media tersebut untuk berbincang mengenai posting berita kehamilan Ayda yang telah diterbitkan sebelum ini.
Ayda Jebat bleed1ng
Berita mengenai Ayda Jebat dimasukkan ke wad itu telah dikongsi sendiri oleh Nabil menerusi laman Instagram. Difahamkan, sepanjang Ayda ditahan di hospital, dia telah menerima lima svntikan. Malah, Nabil sendiri tidak sampai hati untuk melihat kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh isterinya itu.
Assalamualaikum semua. Ramai family, peminat dan media yang Whatsapp dan DM Nabil tanya tentang kandungan Ayda yang hampir gugvr. This is the story, Ayda bIeeding selepas portal yang tak bertanggungjawab keluarkan news tentang kehamilan Ayda. As you guys know, Ayda bekerja dengan banyak big brand. Belum sempat Ayda dan Xeno Entertainment susun jadual (kerja diselang-seli dengan rehat bersesuaian dengan keadaan wanita yang hamil di peringkat awal), berita dah tersebar dengan mengejut, jadual bertambah padat dalam tempoh masa yang singkat. Back to back.
Korang faham tak perasaan bila tengok isteri yang kita sayang menangis disebabkan orang lain? Kena warded, amik 5 injection. Saya sendiri tak sampai hati tengok.
‘Tanpa pengetahuan dan kebenaran kami’
Nabil bagaimanapun kurang berpuas hati dengan laporan media yang dikeluarkan oleh pihak media berkenaan mengenai berita kehamilan isterinya tanpa pengetahuan mereka. Menerusi posting berkenaan, Nabil turut sertakan tangkap layar perbualan melalui aplikasi Whatsapp bersama pihak media tersebut.
sumber : SensasiSelebriti