Asam Laksa Buruan Food Vlogger Dunia, Kalahkan Tom Yam Dan Rendang

Tahniah asam laksa dari Malaysia!

Tahun 2019 sekali lagi membuat rakyat Malaysia berbangga apabila salah satu makanan tempatan diiktiraf oleh dunia. Jangan tak percaya, asam laksa atau dikenali laksa Penang masuk daftar CNN Travel sebagai 50 makanan terenak dunia.

Lebih mengujakan apabila asam laksa berada di kedudukan kesepuluh terbaik iaitu tempat ketujuh. Mengalahkan rendang yang berada di tempat kesebelas. Semua maklum rendang Indonesia pernah berada di posisi juara dalam daftar 50 CNN Travel. Asam laksa juga meninggalkan Tom Yam Gong dari Thailand pada urutan kelapan dan Ketam bercili Singapura di tangga tiga puluh lima. Juara disandang oleh kari massaman dari Thailand.

Perpaduan antara isi ikan, asam, kesum, cili, petis, belacan, bawang, garam menghasilkan kuah yang bercitarasa masam, masin, manis dan sedikit pedas. Tambah ‘terangkat’ rasa dengan bahan sampingan seperti potongan nenas, hirisan bawang, bunga kantan, pudina dan salad.

Siapalah yang tak terpikat? Tak hairanlah kalau orang luar turut memuji kelazatan makanan yang satu ini. Tak percaya, boleh lihat lima video di bawah ini.

1. Anthony Bourdain

Pemilik nama Anthony Michael Bourdain merupakan seorang selebriti chef, author dan travel documentarian yang sangat terkenal. Ketika hayat hidupnya, dia pernah ke Pulau Pinang untuk mencuba asam laksa.

Dalam video ini beliau memuji keenakan asam laksa, terutama rasa kuahnya. Membayangkan asam laska terjual di Amerika dan diterima di sana sudah membuat kembang kuncup hidung kita.

“Wow… Wow… that pretty osem.”

2. Mark Wiens

Siapalah yang tak kenal dengan lelaki dari Thailand ini. Mark Wiens merupakan seorang guru Bahasa Inggeris sebelum menjadi fulltime travel eater.

Penggemar berat tempoyak, budu, durian dan cili ini tak pernah lupa membawa isteri dan anaknya apabila bertugas.
Seperti dijangkan makanan Asia yang pedas memang kena dengan tekak Mark Wiens. Macam biasa dia akan mempamirkan mimik muka kenikmatan apabila sesuatu makanan memenuhi piawaian seleranya.

3. Blimey

Pengalaman pertama Blimey mencuba asam laksa membuat mereka menolak makanan ini. Bukanlah asam laksa sebenar, melainkan mi segera berperisa asam laksa.

Namun ketika Yerim dan Dasol pergi ke pasar malam dan sekali lagi mencuba asam laksa, terus pandangan mereka berubah. Wajib tengok wajah terkejut mereka! Siap membandingkan rasa asam laksa sebenar dengan mi segera berperisa asam laksa.

Blimey ni dah macam duta kecil Malaysia. Sangat konsisten menghasilkan kontent berkaitan Malaysia. Tak hairanlah mereka mempunyai pengikut setia.

4. Mike Chen

Pada hirupan pertama,

“okay”

Pada hirupan kedua,

“Jelas saya melawak. Ini hebat,” komen Mike Chen.

Food Vlogger kelahiran Cina ni membesar di Amerika. Keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai penganalisis kewangan berbaloi apabila enam saluran You Tube yang diusahakan diikuti melebihi lima million pengikut.

Sempat dia mencoret kata bahawa, hanya dengan memikirkan asam laksa sudah membuatkan dia mahu kembali ke Malaysia.

Ini hanyalah sebahagian video yang dapat ditonton di You Tube. Masih banyak lagi video-video yang memuji keenakan asam laksa dan makanan Malaysia yang lain. Makanan Malaysia dah semakin ‘mendunia’, sudah serasi dengan tekak pelancong asing. Tak hairanlah ada yang sanggup merentas beberapa negara hanya untuk merasa keaslian makanan kita.

Sumber: mStar