Dua Tahun G4duh Besar, Sekali Fathia Latif Dan Zarina Anjoulie Berjumpa Kembali, Ini Yg Terjadi

PERTELINGKAHAN di antara dua selebriti, Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie sebelum ini memang menjadi tumpuan pengikut dunia hiburan tempatan.

Mana tidaknya, kedua-duanya menggunakan media sosial masing-masing sebagai platform untuk menunjukkan diri siapa benar, siapa salah.

Netizen pun apa lagi, ada yang cuba memberi nasihat untuk selesaikan masalah dengan baik, tetapi ramai juga yang menjadi batu api.

Terbaharu, pendandan rambut selebriti, Ridzokumura berkongsi satu video yang memaparkan kedua-dua selebriti itu sudah berbaik semula.

Dalam video yang dikongsi di akaun Instagram milik Ridzokumura itu, kedua-dua wanita itu mengakui sudah dua tahun tidak bertegur sapa.

Namun, kedua-dua kelihatan cukup selesa duduk bersama seakan tidak ada sebarang masalah yang berlaku.

Menerusi video itu juga, Ridzokumura berkata yang Fathia mahu mengajak Zarina untuk mendalami ilmu agama.

Pertanyaan itu disambut dengan perkataan ya oleh Fathia.

Baguslah kalau begitu. Sengketa yang lama dibuang ke tepi dan buka lembaran baru dengan menuju ke arah kebaikan.

Di ruangan komen juga ramai peminat kedua-dua selebriti itu mengucapkan rasa syukur apabila mereka sudah kembali bersahabat baik.

Sumber:sm