PELAKON Ruhainies seolah-olah memberi bayangan bahawa dia akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Hal ini ditebak oleh peminat selepas pemilik nama lengkap Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu memuat naik video pra-perkahwinan dengan caption ‘counting days’.
Selain itu, video yang sama turut dimuat naik oleh rumah produksi yang sinonim dengan sesi penggambaran perkahwinan iaiti CST Production.
Tangkap layar Instagram CST Production.
Menerusi ruangan komen, ramai rakan-rakan artis yang memberikan maklum balas tumpang gembira dengan kemas kini terbaharu Ruhainies itu.
Adakah Ruhainies benar-benar akan bernikah atau dia sekadar bergurau memandangkan sebelum ini, Ruhainies kerap memuat naik gambar-gambar yang memberi bayangan dia bakal menamatkan zaman bujang.
Namun, rupa-rupanya setiap gambar yang dimuat naik adalah gambar di lokasi penggambaran semata-mata. Kita tunggu dan lihat.
sumber : OiJom