Pelajar Kongsi IG Story Mengenai Microsleep Sebelum Meninggal Akibat Terbabas

SETIAP pertemuan pasti ada perpisahan. Begitulah kisah melibatkan seorang pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor, apabila dia dikejutkan dengan berita kematian rakannya pada Ahad petang. Menurut Mohd Fazli Abd Rashid, dia dimaklumkan bahawa Amin Faiz Nohani meninggal dunia selepas terbabas sewaktu menunggang motosikal dari Kluang, Johor untuk kembali ke kampus bagi melengkapkan tugasan tahun … Read more

Tak Ikut SOP, 2 Meninggal Dunia Akibat Covid-19 Di Majlis Akad Nikah

Majlis ijabkabul tertutup yang diadakan di sebuah masjid Semarang, Jawa Tengah Indonesia pada 11 Jun lalu bertukar menjadi malapetaka dengan penularan Covid-19 hingga mengorbankan dua mangsa, seorang tenat dan 30 lagi disahkan positif. Menurut laporan portal Jateng Suara, majlis itu hanya diadakan dengan kehadiran 10 tetamu sahaja dan telah mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang … Read more

Doktor ‘Buru’ Rakan Petugas Cari Duit Poket Lebih Dengan Cara Salah

BUKA sahaja mana-mana laman sosial, anda pastinya akan dihidangkan dengan lambakan iklan produk kecantikan dan kesihatan. Namun, adakah ia mampu memberi solusi kepada masalah anda atau sekadar produk ‘sampah’ yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)? Terbaharu, pakar perunding nefrologi, Dr Rafidah Abdullah sekali lagi tampil memperkatakan isu itu. Beliau bagaimanapun mempunyai satu misi, … Read more

Dua Malam Mimpi Arwah… Ebit Lew Terus Ziarah Pusara Ibu

TANGGAL 24 Jun pastinya tidak akan dapat dilupakan oleh Ustaz Ebit Lew sampai bila-bila. Tarikh keramat itu merupakan hari ulang tahun kelahiran arwah ibunya. Walaupun sibuk melaksanakan tugas harian, komitmen bersama keluarga dan tanggungjawabnya membantu masyarakat, kerinduan Ebit pada arwah ibu tetap menebal. “Terus drive dari pejabat balik kampung ziarah kubur mak rindu sangat. Dah dua malam mimpi … Read more

Zarina Zainuddin ‘korek’ Rahsia Mak Mah Kekal Sihat

PELAKON Zarina Zainuddin melahirkan rasa kagum dengan artis veteran, Ruminah Sidek atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Mah kerana kesihatan dan tenaganya yang kuat walaupun sudah lanjut usia. Menurut Zarina, dia tidak pernah melihat Mak Mah mengambil sebarang ubat-ubatan sepanjang tiga bulan menjalani penggambaran bersama pelakon veteran itu sebelum ini. “Alhamdulillah, umur Mak Mah 74 … Read more

Hati-hati Kalau ‘Lan Solo’ Minta Pindah Wang Kepada ‘Ustaz Jumaidi’

Wah, selamba saja individu ini menyamar sebagai Lan Solo dan meminta pekerja penyanyi itu untuk melakukan pemindahan wang. Bukan sedikit, RM1,350 dimintanya! Kenapa tidak genapkan terus ke RM1,500 saja? Perkara itu dimaklumkan Lan menerusi Instagramnya yang turut memberi peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati jika menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada nombor yang menggunakan gambarnya. … Read more

Pakar Pemakanan Tepis Mitos Ais Boleh Bekukan Lemak Dalam Perut

BETUL ke ais boleh bekukan lemak? Mitos ini masih lagi berlegar di media sosial sehingga ada percaya bulat-bulat mengenainya. Namun seorang pakar pemakanan tampil membidas kepercayaan karut itu. Menurut Fizah Sobri, ais bukan punca lemak berlebihan di dalam perut tetapi disebabkan cara pemakanan dan gaya hidup seseorang. “Kalau sesiapa percaya ais boleh bekukan lemak maknanya … Read more

Hati Azhan Rani Berbunga-bunga Ditegur Nash Di Kedai Makan

PELAKON Azhan Rani terkejut ditegur vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor. Azhan, 44, berkata pada mulanya dia tidak mengenali individu yang memerhatikan gerak gerinya dan mereka hanya berbalas senyuman sebelum namanya disebut oleh Nash. Menurut Azhan, penyanyi itu juga memanggil dia dengan gelaran ‘ustaz’ kerana meminati lakonannya dalam drama Nur. … Read more

Wanita Hilang Kerja Sewaktu PKP Mula Niaga Nasi Lemak Anggap Berbaloi

SEBAGAIMANA yang dikongsi di media sosial, ramai sebenarnya rakyat negara ini terkesan dek pandemik Covid-19. Ada yang lama terpisah dengan keluarga, tak kurang juga yang kehilangan sumber pendapatan kerana dibuang kerja. Begitu juga dengan wanita ini apabila rezekinya sebagai kerani di sebuah syarikat terhenti sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan Mac lalu sebelum dia meneroka … Read more

Pelukis Animasi Upin Ipin Meninggal Dunia, Tidak Sempat Jumpa Famili

PELUKIS papan cerita untuk animasi Upin Ipin, Allahyarham Fairul Haida Abdul Rahim telah meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya pada 20 Jun lalu. Berita sedih ini dikongsikan sendiri oleh syarikat Les’ Copaque yang menerbitkan Upin Ipin menerusi laman Facebook mereka. Dalam Facebook seorang rakan Allahyarham telah memaklumkan bahawa Fairul sedang dalam perjalanan menuju ke utara … Read more

Jom Kenali Tukang Jahit VVIP Yang Terkenal Di Malaysia Ini

FIGURA ini langsung tidak pernah terfikir untuk bergelar seorang tukang jahit apatah lagi diberi kepercayaan untuk menghasilkan busana buat golongan kenamaan termasuklah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Namun bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu dan ia secara langsung menjelaskan tentang Tommy Yap yang sudah berkecimpung dalam bidang … Read more

Zarina Zainuddin Puji Mira Filzah, Tak Sombong Macam Artis Lain

PELAKON Zarina Zainuddin meluahkan rasa kecewa terhadap barisan artis baharu yang bersikap sombong dengan kru produksi dan pelakon yang lebih senior. Menerusi video yang dikongsikan di YouTube, Zarina, 49, menasihati pendatang baharu dalam industri seni supaya lebih menghormati kru serta barisan pelakon yang lebih tua. “Sebenarnya apabila shooting ni, kita satu family besar… tak boleh sombong-sombong, bawa … Read more

Nak Berpantang, Tak Perlu Ikut Cara Tradisional Melayu – Dr Amalina

Walaupun hidup dalam zaman serba moden dan canggih, masih ada yang berpegang pada cara tradisional ketika berpantang selepas bersalin. Perlu ke berpantang cara Melayu? Ramai wanita moden hari ini mengakui ‘dimomokkan’ dengan pantang larang orang dulu-dulu. Seperti yang dikongsikan Dr Amalina Bakri, amalan berpantang secara tradisional tidak wajib dilakukan. Sebaliknya, ibu-ibu yang berpantang digalakkan untuk … Read more

Tiada lagi Work From Home (WFH), Persiapakan Diri Dengan 6 Perkara Ini

KETIKA ini pasti ramai daripada kita sudah mula atau bakal kembali memulakan tugas di pejabat selepas hampir tiga bulan bekerja dari rumah atau work from home (WFH). Meskipun pada awalnya sukar, namun kita pasti sudah terbiasa dan selesa dengan rutin bekerja dari rumah yang lebih fleksibel dan mula berasa ‘lemah’ apabila perlu ke pejabat. Bagi … Read more

Pakar Kimia Kongsi Petua Bersihkan Papan Pemotong Tanpa Menyental

PAPAN pemotong antara peralatan penting semasa di dapur. Namun tanpa kita sedari papan pemotong merupakan alat penggunaan dapur yang paling kotor. Jika tidak dibersihkan dengan betul dan sekerap mungkin, alatan tersebut boleh menjadi ‘sarang’ kepada ribuan jenis kuman. Jadi usah pandang ringan penjagaan papan pemotong yang menjadi alatan asas untuk penyediaan makanan kita seisi keluarga. … Read more

Untung Astro Merosot, Asyik Ulang Cerita Sama, Baik Tengok Netflix

Kecoh di media sosial dengan laporan Astro (stesen televisyen berbayar) yang berdepan cabaran baru pada suku pertama 2020 ini. Penurunan dalam permintaan langganan dan penangguhan acara sukan adalah cabaran yang terpaksa dihadapi gara-gara Covid-19. Maka, ramai warganet membuat ulasan ianya adalah kerana keengganan stesen swasta itu sendiri mengikut perkembangan semasa yang sangat laju. Selain itu, … Read more